Choose Your Color
Laman Utama Perkhidmatan Pelabuhan Prosedur Pendaratan Pelabuhan
Prosedur Pendaratan Pelabuhan
Disunting oleh Administrator
Ahad, 27 Jun 2010 12:37

Prosedur Pendaratan Pelabuhan

  • Terima maklumat/laporan mengenai vesel sebelum mendarat ikan.  Semak dan pastikan vesel yang   hendak mendarat telah didaftarkan dengan kompleks.  Jika belum berdaftar minta taikong/ agen penuhui borang permohonan pendaftaran vesel.
  • Sediakan dan kenalpasti lot-lot atau ruang kawasan mendarat di jeti yang masih kosong bagi tempat/ruang kawasan yang boleh ditentukan dan maklumkan kepada pemilik vesel/peniaga. 
  • Mempastikan kemudahan dan peralatan di atas kompleks dan dan Labuhan Pendaratan Ikan LKIM siap sedia dan dalam keadaan baik sebelum vesel mendarat ikan.
  • Maklumkan agen/pekerja pemilik vesel/peniaga meletakkan bakul-bakul/ tong ikan (sekiranya tidak disediakan), meja menggred ikan, troli dan lain-lain kemudahan diletak/disediakan di atas lot-lot atau ruang yang ditentukan.  Catatkan waktu vesel tiba di atas borang/Penyata Pendaratan harian Mengikut Spesis, Saiz, Kuantiti dan nilai.
  • Minta pemilik vesel/agen mengisi maklumat spesis, saiz, kuantiti dan nilai
  • Memeriksa dan mengesahkan kuanliti dan kesegaran ikan yang didaratkan.
  • Terima permintaan bekalan air daripada agen/pemilik vesel jika bekalan air disediakan oleh kompleks LKIM.
  • Tentukan caj-caj tambatan, caj air, caj ruang petak, caj kren dan lain-lain berkaitan yang dikenakan di atas jeti yang mana berkaitan mengikut Kaedah-kaedah LKIM(Kompleks dan Labuhan) 1986 (Pindaan 1988) dan maklumkan kepada agen/pekerja pemilik vesel jumlah bayaran caj yang perlu dibayar.  Sediakan kupon caj dan serahkan kepada agen untuk buat pembayaran.
  • Menerima bayaran caj-caj yang dikenakan daripada pemilik vesel/peniaga.
  • Memaklumkan pemilik vesel keluar daripada jeti selepas selesai pemunggahan/pengambilan di jeti sama ada secara lisan atau bersurat.
  • Kemukakan semua Borang/Penyata Pendaratan Harian mengikut spesis, saiz, kuantiti dan harga kepada Pembantu Ehwal Ekonomi/Pembantu Tadbir untuk tujuan penyediaan laporan harian/bulanan.

  •  

Kali Terakhir Dikemaskini ( Khamis, 17 Mac 2011 03:45 )
 
Ministry Of Agriculture & Agro-Based Industry Malaysia Department Of Fisheries Malaysia Imigresen Malaysia PDRM Jabatan Kesihatan MAMPU INTAN Maybank