Choose Your Color
Laman Utama Info Perutusan Ketua Pengarah
Perutusan Ketua Pengarah
Disunting oleh Administrator
Selasa, 29 Disember 2009 17:44





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Portal Pelabuhan Perikanan Tanjung Manis.

Dalam dunia tanpa sempadan dan perkembangan globalisasi, perhubungan melalui internet semakin meningkat dan meluas. Tujuan utama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia menyediakan laman web ini adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai mencari maklumat dan fakta mengenai LKIM serta perkhidmatan yang disediakan.



Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara, LKIM akan terus memainkan peranan secara bersepadu dan seiring bagi menggerakkan pelbagai aktiviti perikanan. Dengan usaha gigih yang berterusan, nescaya sektor ini akan berupaya berkembang dan menjadi satu sumber kejayaan dan penyumbang kepada ekonomi negara terutamanya dalam membantu membangunkan masyarakat nelayan.

Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Inilah yang diusahakan oleh LKIM sejak dari dulu lagi menerusi pelbagai program pembangunannya. Atas kesedaran itu, laman web ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat terkini mengenai program-program LKIM yang memfokuskan kepada pembangunan nelayan untuk makluman kepada orang ramai khususnya nelayan yang melayari laman web LKIM ini.

Pihak LKIM sentiasa berusaha membuat penambah baikan untuk meningkatkan kualiti laman web ini.  Kita sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina demi untuk memperbaiki dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan LKIM selain menambah maklumat dan kemudahan yang disediakan.

Semoga para pengunjung mendapat manfaat daripada laman web LKIM ini.


Y.H. DATO’ HJ. MOHAD KHAZIN BIN HAMZAH 

 

Kali Terakhir Dikemaskini ( Rabu, 18 Mei 2011 00:10 )
 
Ministry Of Agriculture & Agro-Based Industry Malaysia Department Of Fisheries Malaysia Imigresen Malaysia PDRM Jabatan Kesihatan MAMPU INTAN Maybank