Choose Your Color
Laman Utama Info Fungsi dan Peranan LKIM
Fungsi dan Peranan LKIM
Disunting oleh Administrator
Ahad, 27 Jun 2010 09:39

Fungsi LKIM


FUNGSI LKIM SEPERTI DIPERUNTUKKAN DALAM SEKSYEN 4(1) Akta LKIM 1971 adalah seperti berikut:

  • Menggalak dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai enterprais-enterprais perikanan dan pemasaran ikan.
  • Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan mempastikan kemudahan-kemudahan tersebut diguna sepenuhnya.
  • Mengambil bahagian dalam enterprais-enterprais perikanan dan bagi maksud ini, mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran pembekalan dan kelengkapan menangkap ikan.
  • Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan social Persatuan-Persatuan Nelayan.
  • Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara berhubung dengannya.
  • Mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut di atas.



Peranan LKIM

  • Mengurus, mentadbir dan mengawalselia pendaratan ikan
  • Mengurus dan mengawal kedatangan pergerakan dan tambatan vessel semasa berada di jeti pelabuhan.
  • Mengawalselia perjalanan proses pemasaran ikan
  • Memeriksa dan mengawal keluar masuk ikan termasuk import atau eksport
  • Mengurus dan mengoperasi peralatan dan kelengkapan sokongan
  • Menyediakan dan membekalkan bekalan input dan keperluan lain untuk vessel
  • Mengurus, mengawasi dan menjaga keselamatan premis dan aset termasuk pengguna
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pelabuhan dan kawasan persekitaran
  • Mengumpul, menyimpan dan memproses data-data pendaratan dan pengeluaran ikan
  • Mengurus dan mengawal keluar masuk pengguna dan kenderaan

 

Kali Terakhir Dikemaskini ( Ahad, 27 Jun 2010 11:02 )
 
Ministry Of Agriculture & Agro-Based Industry Malaysia Department Of Fisheries Malaysia Imigresen Malaysia PDRM Jabatan Kesihatan MAMPU INTAN Maybank